Faedah-Faedah Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sukan
Soalan : Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjx4K7LMVOsOk86RdvzT7BikCVTNXkkqYyfGG4DFAi1qn5Ahw5faOj-N8ThFCC3u945kIck3d-8VUQgHVbmYiORyO3t9autj6u1BxiqOlXhXQaaIPE9UxzN-okkMlvAT8FqmxgVinRGtZY/s200/1M1S-logo.png)
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?
Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-Z7pH88KFx5ycFO14U70ysnq8UWzuGroDyTTjRE5U2MMh-gCxIn_f2aliPcBp8lg113dYFCa4O6fEvjQ4Gt3mkaH3uThMrYBLtvGhxCDD6zwZ8YvlhfWsggN5n-2Kmit8fLMhksl0b4A/s200/BILL+JOGING.jpg)
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjnxVDSQxfHAwKF7zgo1y3_6zGwDeZTNLtDQnAZUIiaKB4Y4q17de2PmJK6FWM5C8mwReZJ-Sxs11B5v_2rV6Z7XXxdf211PXQpNS7fEvCsN8VlD_9uaC53SmjyCA1okndfj-FLx_6fbQ/s200/chong_2300336b.jpg)
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYV8qjaLf30LOyOoc39AoMIsVsgwMs7eSVsJ9UR9KC5s_Z_KXakYI17kDDoHydg2Oh4u8TqsMibbplc82p22y9BmaxoflvJRyXumnJvlee_0zWkrI7E8bxkmJv9XS-vXH40svlV87D_vo/s200/ur_01.4.jpg)
Rujukan:http://lamankarangan.blogspot.com/2015/05/faedah-faedah-melibatkan-diri-dalam.html
TQ SO MUCH
ReplyDeleteTERBAIK
ReplyDeleteKALAU GUNA KARANGAN NI MESTI DAPAD MARKAH PENUH
ReplyDeleteKarangan ni excellent
ReplyDeleteVery good job 👍👍👍👌👌
ReplyDeleteBerapa patah perkataan ni?
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete𝚝𝚑𝚊𝚗𝚔 𝚢𝚘𝚞😊
ReplyDeleteso i can use this to my homework
ReplyDelete